- Bertanggungjawab bagi menyelaras Mesyuarat Jemaah Menteri, Mesyuarat Pasca Kabinet, Mesyuarat Setiausaha-Setiausaha Tetap dan Mesyuarat Badan-Badan Berkanun Negeri,
- Bertanggungjawab Bagi Mengurus Semua Perkhidmatan Anggota Pentadbiran Negeri Yang Sedang Berkhidmat Dan Setiausaha Politik Yang Telah Bersara Selaras Dengan Enakmen Bil. 3 Anggota Pentadbiran Dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1981,
- Bertanggungjawab bagi Melaksanakan Pelantikan-Pelantikan Di Bawah Perlembagaan Negeri Sabah, Enakmen Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Saraan) 1981, Jaksa Pendamai dan Ahli-Ahli Lembaga Pengarah Badan Berkanun Negeri dan Pelantikan-Pelantikan Lain Yang Berkaitan Selaras Dengan Enakmen Masing-Masing.
- Bertanggungjawab Untuk Menyediakan Semua Jawapan Bagi Pertanyaan-Pertanyaan Lisan Dan Bertulis Yang Ditujukan Kepada Ketua Menteri Semasa Persidangan Dewan Undangan Negeri,
- Bertanggungjawab bagi menyelaras dan menyediakan Teks Ucapan Dasar TYT dan Teks Ucapan Penggulungan YAB Ketua Menteri di Dewan Undangan Negeri, Perutusan-Perutusan Hari Raya Aidilfitri, Hari Jadi TYT, Hari Krismas dan Tahun Baru,
- Bertanggungjawab Bagi Menyediakan Maklumbalas Mesyuarat Menteri Besar/ Ketua Menteri Dan Mesyuarat Jawatankuasa Perhubungan Antara Kerajaan Persekutuan Dan Kerajaan Negeri, Dan;
- Bertanggungjawab Ke Atas Semua Dasar Awam Agenda Kerajaan Negeri Dapat Dikumpul Dan Didokumentasi Sebagai Bahan Rujukan Oleh Pihak-Pihak Berkenaan,